- pernafasan baru -

Assalamualaikum..

Blog lama yang diberi nafas baru, itulah yang dapat Cik candy perkatakan berkenaan blog ini. Setelah lama tertimbus dalam kenangan, maka dengan rasminya untuk hari ini Cik Candy mengambil keputusan untuk kembali mengaktifkan blog ni dengan entri entri yang berfaedah dan imlu yang dapat dijadikan panduan, InsyaAllah.

Sebenarnya selama ni, bukan Cik Candy tak nak bukak blog ni tapi disebabkan masalah ketidak ingatan kata laluan maka tamatlah riwayat blog ni. Tapi apapun Alhamdulillah, tdengan usaha yang tak berapa nak putus, Cik Candy dapat log in semula. Sebenarnya Cik Candy comfius, banyak sangat dah email yang Cik Candy ada. Ada yang diguna pakai dan ada yang tidak diguna pakai so, adalah satu diantaranya adalah email untuk blog ni. Kata laluan pun sama, disebabkan berpuluh-puluh kali tukar kata laluan, jadinya Cik Candy lupa apakah kata laluan terakhir yang ditukar. Kuikuikuiii itulah padanya tak dicatat, kan.

Cik Candy harap kehadiran blog nie, dapatlah diterima oleh para blogger. InsyaAllah, lepas nie Cik Candy akan cuba merajinkan diri untuk sertai Giveway dan blogwalking sekerap mungkin, ye. Cik candy pun sekarang ni tidaklah sibuk mana so bolehlah blogging kan. 

Oklah, rasanya dah berjela Cik Candy bertaip. Rasanya cukuplah stop setakat ini. Lagipun sekejap lagi Cik Candy ada kelas. Selamat maju jaya semua. Wassalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan